Thursday, November 24, 2011

Hospital Of Love


Chapter 4: Azam's Love Story

                           Azam dan Iffa pula yang sedang hangat bercinta.Bak kata orang cinta itu buta,tidak mengenal darjat ataupun usia.Itulah yang menyebabkan punca percintaan Nizam dan Fatin serta Azam dan Iffa.Setiap hari Nizam dan Azam berjumpa dengan pasangan mereka.Mereka berempat sering pergi ke kafe untuk makan bersama.Azmi dan Amin sering ketinggalan kerana mereka bukan tidak mahu mencari pasangan,tetapi mereka berfikir,mahukah jikalau ada gadis yang mereka sukai akan menerima mereka?Perkara itulah yang bermain-main di fikiran mereka.

                              "Min,kau tak terfikir ke nak ada awek-awek nie?"soal Azmi kepada Amin."Aku dah ader calon dah,kau dah ader?"ujar Amin."Belum lah,nak buat macam mana dah tak de orang yang nak aku nie ha."ujar Azmi lagi lalu meminta mee segera kepada Nizam."Zam,nak sikit maggi,boleh tak?"soalnya kepada Nizam."Boleh,amik la lagipun petang karang member aku nak datang hantar benda-benda nak makan."kata Nizam."Okay terima kasih."kata Azmi."Sama-sama."ujar Nizam lagi.Azam yang dari tadi asyik leka dengan telefon bimbitnya yang tak habis-habis ber'sms' dengan Iffa.



                                 Pada jam 12:00,makan tengah hari pun sampai.Attendan Kesihatan itu pun membawa masuk makanan pesakit."Wow,lauk ayam siot!!"kata Azam."Kau kalau ayam laju je kan Az,ish,ish,ish."kata Nizam sambil menarik meja makan ke arahnya lalu menjamah nasi berlauk itu.Selesai makan,dia mengajak Amin untuk merokok di dalam tandas.Mereka mengambil sebatang rokok dan pemetik api lalu masuk ke tandas.Nizam duduk di kerusi lalu diikuti oleh Amin.Nizam memetik pemetik apinya dan menyalakan rokok itu.Dia kemudiannya mengajukan soalan kepada Amin."Kau tak nak bercinta ke Min?"Amin menjawab "Bukannya aku tak nak,tapi aku dah ada calon,tapi aku risau dia tak terima aku je.""Ala,bedal je kau ni tak gentlemen betul la."ujar Nizam."Yela nanti aku try ok?"kata Amin lagi."Okay."sambung Nizam.

                                  "Iffa,malam nanti saya call ok?Awak tak payah call saya,biar saya call awak."kata Azam kepada Iffa."Baiklah."ujar Iffa kembali."I love you."kata Iffa."I love you too,Iffa."balas Azam.
Pada malam itu,Azam menelefon Iffa hingga mencecah waktu 1 jam.Nizam dan yang lain menggeleng-gelengkan kepala mereka memikirkan Azam yang seperti kemaruk bercinta.

END OF CHAPTER 4

______________________________________________________________



Hospital Of Love

Chapter 3:The Beginning Of An Eternal Love


                       Semakin hari semakin utuh cinta Nizam dan Fatin.Mereka amat mencintai sesama mereka.
Bagi Fatin,tiada apa yang dapat memisahkan mereka berdua.Hanya ajal dan maut sahaja yang dapat memisahkan mereka.Semakin hari semakin sayang.Itulah yang sering diungkapkan oleh pasangan yang sedang hangat bercinta.Namun,Nizam menyimpan sesuatu rahsia daripada Fatin,tetapi dia tidak mahu langsung memberitahunya.
                       
                        Pada pagi itu,seperti biasa Fatin akan masuk ke dalam Wad Psikiatri untuk memanggil mereka untuk mengambil ubat serta mengambil tekanan darah mereka.Setelah selesai,mereka berempat menuju ke bilik air untuk menghisap rokok.Nizam,Azmi,dan Amin sahaja yang menghisap rokok manakala Azam tidak kerana dia mengidap lelah.Mereka bertiga duduk di kerusi yang disediakan di dalam bilik air beserta 'ashtray' di dalam bilik air.Sedang mereka asyik menghisap rokok,salah seorang pembantu perubatan bernama Shah masuk dan menyertai mereka menghisap rokok.Setela selesai,mereka bertiga kemudiannya mandi untuk membersihkan diri.

                           "Nizam,selepas ini,panggil semua rakan awak dan turun ke klinik Doktor Mohd Harris,ya"
ujar Fatin kepada Nizam."Baiklah."kata Nizam ringkas."Geng,jom turun.Doktor dah panggil dah tu.Lambat kang mahu disuntiknya punggung kita.Jomlah,cepat!"ujar Nizam kepada rakan-rakannya."Ok,baiklah jom."kata mereka bertiga lalu mereka bersam Nizam diiringi Fatin dan rakan sejururawatnya iaitu Iffa.Semasa di dalam lif,Azam cuba berborak dengan Iffa lalu berjaya mendapatkan nombor telefon serta alamat 'facebook'nya.

                               Azam tersenyum sendirian.Nizam menggelengkan kepalanya.Azmi dan Amin ketawa sahaja memerhatikan gelagat Azam yang seperti kera mendapat bunga.Setelah keluar daripada lif tersebut,
mereka semua menuju ke Klinik Psikiatri untuk berjumpa dengan Doktor Mohd Harris. dan menceritakan keadaan masing-masing.Nizam masuk dahulu dan kemudiannya diikuti oleh Azam,Azmi dan Amin.

                                 Setelah selesai berjumpa dengan doktor,mereka naik semula ke wad lalu Azam menghantarkan 'sms' kepada Iffa.Iffa pun membalas 'sms' yang dihantar kepadanya.Mereka berdua memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih seperti Nizam dan Fatin."Az,yang kau tersenyum sorang-sorang tu kenapa?"soal Azmi yang pelik melihat gelagat Azam."Aku dah 'couple' dengan Iffa la mangkuk!hahahaha!"ujar Azam sambil ketawa berdekah-dekah."Kau memang,perangai macam beruk,hahahahaha!"ujar Amin.Azam pun berhenti ketawa dan terus menonton televisyen.

END OF CHAPTER 3

__________________________________________________________________

                             

Hospital Of Love

Chapter 2:Nizam's First Date


                     Setelah beberapa hari berkenalan dengan Nizam,Fatin telah jatuh cinta dengannya.Dia amat mencintai Nizam kerana dia lemah lembut,sopan santun,alim,dan macam-macam lagi yang ada pada Nizam
Fatin amat menyukai sifat-sifatnya itu.Itu yang membuatkan Fatin amat mencintai Nizam.Dia mengajak Nizam untuk keluar makan tengah hari dengannya di kafe.Nizam bersetuju sahaja.Dia meminta kebenaran Staff Nurse untuk keluar makan di kafe.Staff Nurse membenarkannya
.

                      Nizam dan Fatin pun keluar dari Wad Perubatan Lelaki 3A sambil berpegang tangan.Mereka berdua kemudiannya menaiki lif untuk turun ke tingkat bawah sekali.Nizam sempat berbual dengan Fatin di dalam lif sementara menunggu untuk tiba di tingkat bawah.Setelah tiba di tingkat bawah,Nizam memimpin tangan Fatin lalu mereka menuju ke kafe.Nizam memesan air Milo ais kebetulan Fatin pun memesan Milo ais.Mereka berdua memesan laksa sebagai juadah  mereka
.

                     Mereka berbual selama 2 jam di kafe.Ramai doktor dan jururawat-jururawat lain memerhatikan gelagat mereka berdua.Mereka berdua bagaikan pinang dibelah dua,ataupun merpati dua sejoli.Setelah selesai makan dan berbual,mereka kemudiannya naik semula ke Wad 3A.Nizam mengucapkan terima kasih kepada Fatin kerana sanggup meluangkan masa dengannya"Terima kasih ya,Fatin kerana sanggup meluangkan masa awak dengan saya,saya rasa sangat terharu.""Sama-sama la Nizam.Lagi pun kita kan bercinta?Apa salahnya saya meluangkan masa dengan awak."ujar Fatin.Nizam menganggukkan kepalanya tanda setuju.

                        Pada malam itu,Nizam asyik ber'sms' dengan Fatin.Pada hari esok,Fatin bekerja syif malam.Nizam berfikir dapatlah dia meluangkan masa walaupun sekejap dengan Fatin lalu seorang pembantu perubatan datang dan memanggil keempat-empat orang pesakit itu untuk pergi ke kaunter jururawat untuk mengambil ubat masing-masing.Setelah mengambil ubat mereka,mereka pun tidur.

END OF CHAPTER 2

________________________________________________________________________________
                      


                         


                   
                 
Hospital Of Love


Chapter 1:The First Meeting

Jam di dinding Wad Psikiatri Hospital Alam Shah menunjukkan pukul 7:00 pagi.
Pesakit-pesakit di dalam Wad Psikiatri masih lagi nyenyak tidur.Nizam,Azmi,Amin dan Azam masih lena diulit mimpi masing-masing.Tiba-tiba,attendan kesihatan masuk sambil membawa makanan pesakit dan diletakkan di atas meja lalu mengejut keempat-empat orang  pemuda itu."Azmi,Amin,Azam,Nizam.Bangun,dah pagi dah dik oi!!!"Teriak attendan tersebut.Keempat-empat orang pemuda itu bingkas bangun dari tidur.




                       "Bosan betul la aku!Makan tidur,makan tidur....Bila nak keluar pun tak tahu la."
keluh Azam."Yela..aku pun dah bosan dah duk dalam ni.Daripada tak gila terus jadi gila aku duduk dalam wad nie".ujar Amin.Nizam dan Azmi tidak mengendahkan mereka berdua.Bagi Nizam dan Azmi,semua ini takdir dan ketentuan Allah.Mereka berdua kemudiannya mengambil kelengkapan untuk mandi memandangkan sebentar lagi selepas mereka selesai makan,mereka akan pergi berjumpa dengan Doktor Mohd Harris,pakar psikiatri di Hospital Alam Shah.
                           
                           Setelah selesai mandi,Nizam duduk di katilnya lalu menarik meja makan yang beroda itu ke arahnya lalu dia pun makan.Selesai makan,dia pergi ke kaunter jururawat untuk mengambil ubatnya.Sewaktu dia menghampiri kaunter jururawat,dia ternampak seorang jururawat pelatih yang amat jelita.Nizam memerhati teg namanya lalu dia membacanya."Fatin Athirah.Manis namanya sepeti orangnya juga".ujarnya sendirian.
Nizam mengambil keputusan untuk menegurnya selain untuk meminta nombor telefonnya kemungkinan.

                                 "Assalamualaikum,Fatin.Boleh kita berkenalan?"tanya Nizam kepada Fatin.
"Walaikumsalam,Nizam.Boleh apa salahnya,tapi saya sedang sibuk sekarang.Apa kata awak ambil nombor telefon saya ini dan malam ni awak call atau message saya ok?"ujar Fatin."Baiklah,terima kasih Fatin."
kata Nizam."Ok."ujar Fatin sambil tersenyum.
                               
                                      Nizam masuk ke dalam Wad Psikiatri sambil menari kegembiraan.Rakan-rakannya melihatnya dengan pelik lalu Azmi menegurnya "Kau ni kenapa??Dah gila betul-betul ke???Hahahaha!"
"Gila apanya,aku dah dapat nombor jururawat yang aku suka tu hahaha!"kata Nizam sambil ketawa.
"Oh,ingatkan apa la tadi."kata Azmi lagi.

END OF CHAPTER 1
____________________________________________________________________________



Hospital Of Love:Synopsis



Cerita ini mengisahkan seorang pesakit di dalam wad psikiatri bernama Nizam.Dia telah jatuh cinta kepada seorang jururawat pelatih yang bernama Fatin.Nizam juga mempunyai 3 orang rakan baik di dalam wad
bernama Azmi,Azam,dan Amin akan tetapi,Nizam menyimpan satu rahsia dari Fatin dan rakan-rakannya.
Apakah kesudahan mereka??Apakah rahsia yang disimpan oleh Nizam??
Ikuti kisah mereka dalam Hospital Of Love....

Perhatian:Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.Tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang sudah mati....
Nama-nama di dalam cerita ini juga hanyalah rekaan semata-mata

ENJOY!!